Thursday 19 April 2012

Malaysia Book of Records (MBR) 24 bersilat tanpa henti




Seramai 400 pesilat telah menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) apabila berjaya mengadakan persembahan seni silat terbuka tanpa henti selama 24 jam.

Ianya merupakan rekod baru apabila persembahan mereka berjaya mengatasi rekod yang dipegang Persatuan Seni Silat Lincah yang telah mengadakan persembahan tanpa henti selama 10 jam Mei tahun lepas.

Program anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar itu bermula 9 pagi semalam dengan disertai pesilat daripada lapan kumpulan gendang, 20 persatuan silat dan enam persatuan silat jemputan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin hadir untuk menyerahkan sijil Malaysia Book of Records selain sijil penyertaan kepada setiap peserta.
Katanya persembahan yang julung kali diadakan itu bukan sahaja bertujuan rekod baru tetapi juga untuk menarik kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.
“Ini merupakan antara acara seni dan budaya yang kita ada bagi pengisian Tahun Melawat Perak. Kita bercadang untuk adakan program sama dalam skala besar tahun depan bagi menarik pengunjung datang ke Perak ," katanya.
Menurut beliau acara sedemikian perlu digalakkan terutama di kalangan golongan remaja bagi memastikan kesinambungan seni mempertahankan diri Melayu.

'Seni mempertahankan diri dianggap pembela adat Melayu, norma dan nilai-nilai hidup kaum Melayu. Ianya perlu digalakkan bagi menanam jati diri serta memastikan golongan muda Melayu tidak hilang arah akibat pengaruh negatif.,” katanya.
Selain persembahan silat, kumpulan gendang juga membuat persembahan bagi memeriahkan lagi acara.
Turut dipamerkan adalah seni mempertahankan diri lain seperti karate dan takewando daripada peserta jemputan luar negara termasuk Thailand dan Jepun.
 
- Perak News

0 comments:

Post a Comment