Wednesday 18 April 2012

Kejayaan anak Gelanggang Kota dalam Malaysia Books of Record Silat 24 jam tanpa henti


 Perhimpunan Pertubuhan Seni mempertahankan diri Perak Aman Jaya 2012 pada Sabtu lalu, menjayakan aksi mempertahankan diri termasuk silat selama 24 jam tanpa henti dianggap pencapaian terbaik anak muda negara.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri Perak bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak itu turut dicatatkan dalam Guinness World of Records.

Exco Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, aktiviti itu bermula sejak jam 9 pagi Sabtu hingga 9 pagi Ahad dengan iringan kumpulan gendang yang turut mencatat nama dalam Guinness World of Records.

Menurutnya, pencapaian membanggakan itu juga adalah tanda sokongan semua ahli seni mempertahankan diri daripada pelbagai bangsa yang menjayakan bersama program itu.

“Saya juga cukup berbangga dengan pencapaian pesilat Pertubuhan seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) kerana tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan misi ini termasuk pesilat berumur tiga dan enam tahun yang menyertainya,” katanya.

Kata beliau, kejayaan itu sekali gus memecahkan rekod PPSLM yang dilakukan tahun lalu iaitu bersilat selama 10 jam di Taman Tasik Titiwangsa.

Jelasnya, perhimpunan itu disertai lebih 400 ahli mempertahankan diri pelbagai peringkat usia yang beraksi tanpa henti dengan membuat jurus asas dan diikuti selingan seni tempur dan buah pukulan di dalam silat.

Lagi Sumber Berita...

0 comments:

Post a Comment